Showing posts with label jordan. Show all posts
Showing posts with label jordan. Show all posts

Wednesday, 3 June 2009

Ashabul Kahfi part ii, Jordan

Aku tak pasti nama masjid yang terletak di atas bukit berhampiran dengan gua ashabul kahfi. Majis Ashabul Kahfi lah agaknya.. Ia hanya dibuka ketika waktu solat lima waktu sahaja. Cantik masjid ni...
Guide tengah posing bawah pokok zaitun.

Ashabul Kahfi part i, Jordan

Dipetik dari wikipedia:
Kisah Ashabul Kahfi (bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai tujuh orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun beberapa ratus tahun kemudian.

Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.

jordan iv

Gambar-gambar sekitar pinggir bandar Amman dan perjalanan mendaki bukit semasa hendak ke Makam Nabi Shuib.
Kebun pisang yang terletak ditengah-tengah kawasan gurun

jordan iii

Cost of living di Jordan agak tinggi. Aku macam tak berapa percaya. Tapi memang betul terutama selepas membaca wikitravel. Antara petikannya: Amman is experiencing a massive change from a quiet sleepy village to a bustling metropolis.

Berikut ini adalah gambar-gambar di pinggir bandar Amman yang aku ambil dari dalam bas.

Memang dah menjadi kebiasaan agaknya. Kalau dinegara-negara Arab sana, bangunan memang kurang menggunakan cat. Bangunan banyak menggunakan warna asal batu.
Perhatikan atas bumbung apartment. Satellite TV??

makam nabi shuib, jordan

Makam Nabi Shuib yang terletak di dalam sebuah masjid di lereng gunung. Perjalanan yang mencabar apabila melalui lereng yang curam serta jalan yang sempit..

no money bazzar, jordan

Bazzar yang kami singgah ni aku panggil No Money sebab masa tu aku pun mmg tak de duit nak beli barang. Barang-barang pun mahal lagipun malas nak tukar duit ke Jordan currency.Dalam kepala aku cuma Madinah dan MakkahTokey bazzar (berdiri). "Ustaz Hassan Din al-hafiz kawan saya.." itu la yang keluar setiap kali bersapa dengan pelanggan Malaya..

Orang lain bershopping, aku pulak melepak sambil borak-borak dengan drebar bas dan guide kami. Siap ada uniform dan kemas..nampak professional.

Pakcik ni pun sama macam aku.Malas nak beli barang. Baik pekena rokok daun...

Boleh kata semua barang dalam bazzar ni takde price tag/label. Setiap kali nak tau harga, setiap kali juga la kena tanya.

No Money No Talk Just Walk

jordan ii

Queen Alia International Airport, Amman, Jordan
cuma 10km dari hotel yang kami bermalam.

surau di airport bersebelahan dengan Boarding Gate. Mudah dicari..

jordan i

naik bas utk travel around jordan




aku purposedly amik gambar plet no. bas-takut tersalah naik bas!!

breakfast di hotel alia/tulip jordan- bedal je la labuuu!!


transit di jordan

Jordan (bahasa Arab: الأردنّ Al-Urdunn, bahasa Inggeris: Hashemite Kingdom of Jordan) atau Kerajaan Hasyimiyah Jordan merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat dan bersempadan dengan Syria, Iraq, Tebing Barat, Israel dan Arab Saudi. Jordan juga mempunyai pantai sebelah Laut Mati dan Teluk Aqabah.

nak masuk hotel pun kena scan oleh security..

aku naik kapalterbang ini dari Bangkok-Jordan( flight Royal Jordanian...)



Nama asal hotel kami menginap ialah Alia Hotel. Sekarang dinamakan Golden Tulip. Tetapi ia masih dibawah selenggaraan Royal Jordanian kalau tak silap. Atau mungkin kepunyaan Alia International Airport.