Thursday 4 June 2009

menuju ke masjid nabawi

Selepas berehat seketika dihotel aku segera ke masjid nabawi untuk menunaikan fardu zohor yang pertama disana. Seronok tak terkira, speechless. Seronok kerana aku dapat beribadat di masjid rasulullah. Subhanallah.Alhamdulillah. Allahuakbar.

madinah

Alhamdulillah...akhirnya sampai juga aku ke Madinah...

"Ya Allah, tanah haram madinah ini adalah tanah haram Nabi-Mu s.a.w, yang telah Engkau haramkannya melalui lisan baginda s.a.w, maka jadikanlah ia sebagai perisai dari api neraka dan penyelamat semasa hisab di hari kiamat."
shopping jubah...tak jauh. Bawah hotel tu byk kedai..macam-macam adaaa!

perjalanan ke Madinah iii




tayar 'pancit'..perjalanan ke Madinah tertangguh hampir sejam lebih. Kami redha...semuanya adalah ketentuan Illahi..yang penting kami selamat.
Secara tidak langsung,aku juga dapat menghayati pemandangan indah di padang pasir..bukan senang nak melepak kat padang pasir...ya habibi...ya maulana...

perjalanan ke Madinah ii

dapat menyaksikan pemandangan cantik matahari sedang naik berlatarbelakangkan gurun pasir...
pemandu bas yang berasal dari Indonesia tetapi fasih berbahasa arab..

hati semakin berdebar. Tak lama lagi akan sampai ke Madinah...hanya 65km sahaja lagi. Allahuakbar...semakin hampir ke destinasi semakin sebak pula perasaan aku.Sebak kerana terlalu gembira dapat beribadah di Masjid Nabawi.

perjalanan ke Madinah i


Kedai jual kopi/teh ini buka selapas sahaja kami menunaikan solat subuh di masjid berhampiran.

macam biasa.....gambar plet bas kena ambil...

Masjid pertama yang kami singgah sepanjang perjalanan dari KL-Jordan-Jeddah-Madinah. Nama masjid tak ingat. Tetapi ia dalam perjalanan dari Jeddah-Madinah. Kami berhenti solat subuh dalam pukul 4:30 pagi.
pekena teh arab...RM2 segelas!

airport jeddah

Baru sampai di Jeddah. Tak silap aku jam waktu tu dalam pukul 12:30a.m. Melepak kat airport sementara menunggu bas untuk membawa kami semua ke Madinah. Tak banyak gambar aku ambil sebab keletihan...........zzzZzzzzZzz....

Semasa bertolak dari KL sampai la ke Jordan, kamera digital aku tak boleh pakai. Semua gambar aku ambil guna h/fon je. Tapi bila sampai je ke Jeddah, kamera digital aku dah boleh digunakan. Alhamdulillah...tu gambar cantek sikit semasa di Madinah dan Makkah.

Tengah seronok sebab kamera dah boleh guna semula sampai sarung kamera tertinggal di airport jeddah...halal je la...

Kelihatan ramai juga yang berpakaian ihram. Dia orang nak terus ke Makkah untuk menunaikan umrah...

Masa sampai tu sempat tukar duit Malaya ke rupiah..nilai masa tu RM1= 1.12 rupiah...Keluar dari Airport Jeddah untuk berangkat ke Madinah dengan bas..

Wednesday 3 June 2009

Ashabul Kahfi part ii, Jordan

Aku tak pasti nama masjid yang terletak di atas bukit berhampiran dengan gua ashabul kahfi. Majis Ashabul Kahfi lah agaknya.. Ia hanya dibuka ketika waktu solat lima waktu sahaja. Cantik masjid ni...
Guide tengah posing bawah pokok zaitun.

Ashabul Kahfi part i, Jordan

Dipetik dari wikipedia:
Kisah Ashabul Kahfi (bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai tujuh orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun beberapa ratus tahun kemudian.

Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.

jordan iv

Gambar-gambar sekitar pinggir bandar Amman dan perjalanan mendaki bukit semasa hendak ke Makam Nabi Shuib.
Kebun pisang yang terletak ditengah-tengah kawasan gurun

jordan iii

Cost of living di Jordan agak tinggi. Aku macam tak berapa percaya. Tapi memang betul terutama selepas membaca wikitravel. Antara petikannya: Amman is experiencing a massive change from a quiet sleepy village to a bustling metropolis.

Berikut ini adalah gambar-gambar di pinggir bandar Amman yang aku ambil dari dalam bas.

Memang dah menjadi kebiasaan agaknya. Kalau dinegara-negara Arab sana, bangunan memang kurang menggunakan cat. Bangunan banyak menggunakan warna asal batu.
Perhatikan atas bumbung apartment. Satellite TV??