Wednesday 3 June 2009

Ashabul Kahfi part i, Jordan

Dipetik dari wikipedia:
Kisah Ashabul Kahfi (bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai tujuh orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun beberapa ratus tahun kemudian.

Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.

2 comments:

Azemi Ali said...

Salam.

Kisah ashabul Kahfi ada diceritakan di dalam surah Al Kahfi. Rujuk ayat 22 & 25.

Saya rasa dengan mengatakan ianya berlaku 1400 tahun adalah kurang tepat kerana ia berlaku sebelum zaman Nabi Muhamad. Tahun hijrah pun sudah 1430 tahun .

Waallahuklam.

benludin said...

salam tuan,
-ye betul...Surah Gua..
-bab tahun ni aku tak pasti..lagi pun aku just copy n paste dari wikipedia