perjalananku bermula pada 2 jun 2009 dan tamat pada 14 jun 2009 : (AStar-KL-Bangkok-Jordan-Jeddah-Madinah-Makkah)
Thursday, 4 June 2009
menuju ke masjid nabawi
Selepas berehat seketika dihotel aku segera ke masjid nabawi untuk menunaikan fardu zohor yang pertama disana. Seronok tak terkira, speechless. Seronok kerana aku dapat beribadat di masjid rasulullah. Subhanallah.Alhamdulillah. Allahuakbar.
MAKKAH ADALAH TEMPAT BERMULANYA DAKWAH NABI IBRAHIM A.S, IA KOTA SUCI YANG MEMILIKI BERBAGAI KELEBIHAN. KOTA YANG DIDOAKAN OLEH NABI IBRAHIM UNTUKNYA KEBERKATAN YANG TIDAK PUTUS-PUTUS DAN KESELAMATAN DARIPADA PENGARUH DAJJAL SERTA DILIPATGANDAKAN AMAL BAGI YANG MENGERJAKAN IBADAH DIDALAMNYA.
SEMUA GAMBAR-GAMBAR DI DALAM BLOG INI ADALAH HASIL RAKAMAN YANG AKU LAKUKAN DENGAN KAMERA DAN HANDPHONE. KESEMUANYA AKU AMBIL SEMASA AKU MENUNAIKAN UMRAH DAN ZIARAH PADA 2JUN-14JUN 2009. TEMPAT LAIN SELAIN MADINAH DAN MAKKAH IALAH JORDAN DAN JEDDAH.
GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL DI KAWASAN MASJID ADALAH KETIKA DALAM PERJALANAN PERGI/PULANG SOLAT ATAU KETIKA MENUNGGU KETIBAAN SOLAT. TIADA GAMBAR KETIKA AKU MELAKUKAN TAWAF ATAU SAI'E. AKU MEMANG TIDAK MAHU MEMBAWA KAMERA ATAU H/FON KETIKA BERIHRAM.
DIDALAM BLOG INI AKAN AKU SIARKAN BANYAK GAMBAR DAN KURANGKAN BERCERITA.
TUJUAN BLOG INI CUMA SATU- BAGI MENGURANGKAN RINDUKU KEPADA MADINAH AL-MUNAWWARAH DAN MAKKAH AL-MUKARRAMAH. SEMOGA AKU DAPAT BERKUNJUNG KE SANA LAGI. INSYAALLAH.
TIADA NIAT UNTUK BERMEGAH DIRI.
SEMOGA SEGALA USAHA INI MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T.
No comments:
Post a Comment