Thursday, 4 June 2009

airport jeddah

Baru sampai di Jeddah. Tak silap aku jam waktu tu dalam pukul 12:30a.m. Melepak kat airport sementara menunggu bas untuk membawa kami semua ke Madinah. Tak banyak gambar aku ambil sebab keletihan...........zzzZzzzzZzz....

Semasa bertolak dari KL sampai la ke Jordan, kamera digital aku tak boleh pakai. Semua gambar aku ambil guna h/fon je. Tapi bila sampai je ke Jeddah, kamera digital aku dah boleh digunakan. Alhamdulillah...tu gambar cantek sikit semasa di Madinah dan Makkah.

Tengah seronok sebab kamera dah boleh guna semula sampai sarung kamera tertinggal di airport jeddah...halal je la...

Kelihatan ramai juga yang berpakaian ihram. Dia orang nak terus ke Makkah untuk menunaikan umrah...

Masa sampai tu sempat tukar duit Malaya ke rupiah..nilai masa tu RM1= 1.12 rupiah...Keluar dari Airport Jeddah untuk berangkat ke Madinah dengan bas..

No comments: